Latar belakang dan pelancaran Dear OhMyGirl

Oh My Girl mengeluarkan album mini ketujuh Nonstop mereka pada April 2020. Album mini itu melahirkan dua single, "Nonstop" dan "Dolphin", yang kedua-duanya berjaya secara komersial di Korea Selatan, memperoleh sijil platinum dari Korea Music Content Association (KMCA). Pada 16 April 2021, Agensi kumpulan ini WM Entertainment mengumumkan bahawa Oh My Girl akan mengeluarkan album mini baru pada bulan berikutnya.[2] Tajuk album Dear OhMyGirl didedahkan pada 19 April.[3][4] Jadual promosi untuk album mini ini dimuat naik ke akaun media sosial kumpulan itu tiga hari kemudian.[5]

Teaser filem untuk lagu pertama dikeluarkan pada 25 April.[6] Teaser gambar konsep pertama dimuat naik keesokan harinya. Teaser itu menampilkan setiap ahli kumpulan berpakaian denim, memegang payung lutsinar dengan berlatarkan hujan.[7] Senarai lengkap lagu album ini didedahkan pada 27 April.[8] Pada 28 April, teaser filem untuk lagu kedua dimuat naik oleh kumpulan itu.[9] A third track film was released two days later.[10] Gambar konsep kumpulan kedua dikeluarkan pada 2 Mei. Teaser menunjukkan para ahli berpakaian pakaian bercetak bunga, dengan latar sofa dan langsir.[11] Teaser filem untuk lagu keempat dimuat oleh kumpulan itu pada 3 Mei.[12] Pada 4 Mei, kumpulan ini memuat naik gambar yang mengandungi sebahagian lirik lagu single utama "Dun Dun Dance".[13] Kumpulan ini mengeluarkan teaser medley, menunjukkan semua enam buah lagu di dalam album pada hari berikutnya.[14][15] filem lagu untuk single utama dikeluarkan pada 6 Mei.[16] Teaser gambar konsep terakhir dikeluarkan pada 7 Mei.[17] Pada 8 Mei, teaser filem untuk lagu kelima dan terakhir dimuat naik.[18] Teaser video muzik "Dun Dun Dance" dikeluarkan pada 9 Mei.[19] Album ini dikeluarkan pada 10 Mei, dalam format CD dan digital.[20][21] Video muzik untuk "Dun Dun Dance" dikeluarkan pada hari yang sama.[22]

Rujukan

WikiPedia: Dear OhMyGirl http://bntnews.hankyung.com/apps/news?popup=0&nid=... http://www.cbci.co.kr/news/articleView.html?idxno=... https://music.apple.com/us/album/dear-ohmygirl-ep/... https://www.hankyung.com/entertainment/article/202... https://www.hankyung.com/entertainment/article/202... https://www.hankyung.com/entertainment/article/202... https://www.hankyung.com/news/article/202105106768... https://koreajoongangdaily.joins.com/2021/04/16/en... https://www.melon.com/album/detail.htm?albumId=106... https://entertain.naver.com/read?oid=018&aid=00049...